Monday, August 25, 2008

Expedisi Ke Sundar, Lawas. Ziarah Perkuburan




Acara ini merupakan acara tahunan menjadi kelaziman dalam Ahli KBTS. Sejak dahulunya sudah kami sekeluarga berkunjung ke Sundar, Kg Tanjung Katong. Padahal perjalannya ketika dahulu itu melalui sungai Brunei kemudian lautan barulah masuk menyusuri ke Sungai Tangjung Katong.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<**********************************>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pada ketika itu saya selaku pengarang, masih kecil, tetapi seingat-ingat saya, kami sekeluarga yang besar menggunakan Perahu yang besar pada masa itu, adapun masa kami bertolak dari jeti di sungai Brunei waktu subuh kira-kira seawal 4 ke 5 pagi. Perlayaran kami lebih kurang memakan masa 3 ke 4 jam,, itu pun tertakluk air pasang surutnya lautan n sungai yang kan disusuri.Datang kami di Kg Tanjung Katong, Ahli Keluarga yang ada di sana menyambut dengan gembira kerana dah lama tak berjumpa, lagi pun ziarah cuma dibuat setahun sekali.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<****************************************>>>>>>>>>>>>>>>

Sekarang Dah berubah,, zaman silih berganti, anak-anak yang kecil dah meningkat dewasa,, sampai dah bercucu pun ada. tempat dan haluan pun berbeza-beza. perjalanan menuju ke sana beralih arah, dengan menggunakan jalan darat.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<*******************************>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ringtangan dahulu lautan diredah, Sekarang laluan darat post kawalan jadikan sempadan,, kata pepatah "Jauhnya perjalanan, Luasnya pandangan" secara tidak langsung menambahkan pengetahuan dan pengelaman. Semenjak tahun 1990an kira-kira 18 tahun yang lalu, kami cuba mencari bagaimana laluan yang boleh digunakan untuk sampai ke sana. Pada dulunya Peneroka Expedisi Mula-Mula Sekali ialah Allahyarham Awg Haji Omarali@Haji Jaafar Bin Haji Mohd Yusof. Abang yang tua/sulong sekali.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<********************************>>>>>>>>>>>>
Pada Ketika itu, Saya berumur pebelasan tahun, inda ku ingat hahahha muda ku lakat masa atu saya, Allahyarham, Ayahanda dan Nenek Awg Haji Zainal Bin Tudin. kalau diingat-ingat, masyaAllah jalan raya belum berapa elok sangat, sampai jalan raya yang berlupak-lupak besar, licin lagi tue,.... ehh,, perit jarih dan usaha mahu menziarahi ke sana tetap kuat bepahat dihati walauapa pun caranya.

Dalam perasaan saya ketika itu, luruskah jalan yang dituju ini, kerta yang Sazuki Vitara yang Allahyarham bawa ini terumbang ambik disebabkan jalan raya sedemikian rupa, perjalanan kami memakan masa 4 jam disebabkan keadaan jalan raya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<**************************>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Terbayang juga di dalam perasaan pelusuk sudut hati ku, Allahyarham telah berusaha mencari jalan untuk sampai kesana, sehingga kinilah masih lagi ahli keluarga mendapatkan hasil peninggalannya. kekadang tesentuh menitiskan air mata kenangan bersama Allahyarham menyusuri perjalan kami ketika itu. Al-Fatihah~.

Harapan kalau tah dapat masa itu dikembalikan,,,tapi apa kan daya masa tak kan berulang kembali,,, terus juga kehadapan,, yang tingal teruskan hidup supaya mendapat jua Keberkatan Hidup dunia dan akhirat.

Majlis Penyampaian Penganugerahan Hadiah Cemerlang


Majlis Penganugerahan Hadiah ini telah pun disempurna kan oleh
Yang Mulia Awg Haji Adanan Bin Haji Salleh
Ketua Kampung, Kampung Perpindahan Bunut
penganugerhan ini adalah bertujuan bagi mengalakan cucu-cucu Awg Haji Mohd Yusof Bin Piut Dengan Dyg Hajah Hajijah Bte Abd Rahman terus bergiat dan barusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun.

Penerima-Penerima ini telah dianugerahkan Hadiah Wang sejumlah$200.00 berserta Hadiah Eringan yang disumbangkan oleh Ayahanda Sendiri.

Penerima-Penerima itu ialah:-

Baris atas sebelah kiri :-

Dayang Noorsazwane Bte Haji Mohd Faria

Beliau telah mendapat 7 'O' GCE 'O'Level, Beliau anak kepada pasangan Haji Mohd Faria Bin Haji latif Dengan Dyg Hajah Aisah Bte Haji Mohd Yusof.

Dayang Siti Hawa Bte Haji Aliakbar

Beliau telah mendapat Pangkat 1 dalam peperiksaan Sijil-sijil sekolah rendah ugama jabatan pengajian Islam Darjah 6 Ugama, beliau adalah anak kepada pasangan Awg Haji Aliakbar Bin Haji Mohd Yusof Dengan Dyg Noor Janah Bte Haji Ibrahim.

Dayang Khairunissa Bte Haji Mohd Wali

Beliau telah mendapat Pangkat 1 dalam Peperiksaan Sijil-sijil Sekolah Rendah Ugama Jabatan Pengajian Islam Darjah 6 Ugama, beliau adalah anak kepada pasangan Awg Haji Mohd Wali Bin Haji Mohd Yusof Dengan Dyg Suzyliana Bte Haji Bakar.

Baris Bawah sebelah kiri Penerima Lelaki:-

Awg Mohd Asyraf Bin Alinafiah

Beliau juga telah mendapat Pangkat 1 dalam peperiksaan Sijil-sijil Sekolah Rendah Ugama Pengajian Islam Darjah 6 Ugama, beliau adalah anak kepada pasangan Awg Alinafiah Bte Haji Mohd Yusof Dengan Dyg Nikmah bte Haji Metali.

Awg Mohd Afnan Hasnawi Bin Haji Arfan

Beliau telah mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan Seijil-sijil Sekolah Rendah Ugama Pengajian Islam, Darjah 6 Ugama, beliau adalah anak kepada pasangan Awg Haji Arfan Bin Haji Mohd Yusof Dengan Dyg Sarinah Bte Haji Bakar@Bakir.

Majlis Nisfu Sya'ban Dan Tahlil Arwah 08



Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Aku ada bertanya dengan berkata; "Ya Rasulullah, saya tidak melihat Tuan berpuasa pada mana-mana bulan, seperti puasa yang Tuan lakukan dalam bulan Sya'ban?“ Baginda menjawab: "Bulan Sya'ban itu - yang letaknya di antara bulan Rejab dengan bulan Ramadhan - tidak begitu disedari oleh orang ramai, pada hal ia satu bulan (yang mulia) kerana padanya segala amal diangkat kepada Allah Rabb al-'Alamin. Aku pula suka supaya amalanku diangkat (ke hadrat Ilahi) semasa aku sedang berpuasa. "(1)


Kelebihan Bulan Sya'ban Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda S.A.W telah bersabda maksudnya : Sya'ban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah, Ramadan adalah bulan umatku Sya'ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikkan dan Ramadan adalah pembersih segala dosa.

Majlis Kesyukuran Dan Aqiqah Part 3

Friday, August 15, 2008

Majlis Kesyukuran Dan Aqikah Part 2

Kalau ditimbang-timbang, disukat-sukat, memang dapat dilihat kegigihan dan usaha dalam menjayakan majlis ini, Ahli KBTS dan Ahli Keluarga yang lainnya bersama-sama bergiat aktif.

Majlis Kesyukuran Dan Aqikah Part 1


Majlis ini telah di kendalikan salah sebuah keluarga Ahli KBTS bagi menyengelarakan majlis yang amat terbaik bagi menyahut syariat agama Islam.

Majlis tidak akan meriah tanpa telatah kakak tua n kakak janah "gigiran bila diambil gambar" dalam pada itu ramai juga anak-anak buah membantu menguncang-uncang mengupas bawang dan beberapa persiapan.







Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com