Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Aku ada bertanya dengan berkata; "Ya Rasulullah, saya tidak melihat Tuan berpuasa pada mana-mana bulan, seperti puasa yang Tuan lakukan dalam bulan Sya'ban?“ Baginda menjawab: "Bulan Sya'ban itu - yang letaknya di antara bulan Rejab dengan bulan Ramadhan - tidak begitu disedari oleh orang ramai, pada hal ia satu bulan (yang mulia) kerana padanya segala amal diangkat kepada Allah Rabb al-'Alamin. Aku pula suka supaya amalanku diangkat (ke hadrat Ilahi) semasa aku sedang berpuasa. "(1)
Kelebihan Bulan Sya'ban Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda S.A.W telah bersabda maksudnya : Sya'ban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah, Ramadan adalah bulan umatku Sya'ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikkan dan Ramadan adalah pembersih segala dosa.
No comments:
Post a Comment